expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pengangkutan di Ho Chi Minh Vietnam

Tan Son Nhat adalah lapangan terbang yang terbesar di Vietnam.
Terdapat dua terminal di sini, iaitu terminal antarabangsa yang mengambil alih semua penerbangan antarabangsa dari tahun 2007, dan terminal domestik lama yang terletak 200 meter dari terminal antarabagsa.

Lapangan terbang ini terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar dan lebih kurang 20 minit ke kawasan tumpuan di Ben Thanh Market.

Ketibaan di Ho Chi Minh

Sistem Imigresen di lapangan terbang tidak begitu diselaraskan, dan jika kebetulan penerbangan anda tiba pada masa yang sama seperti penerbangan yang lain, bersedialah untuk menunggu lama di kaunter imigresen.

Kakitangan imigresen di sana tidak pandai bercakap bahasa Inggeris dan mereka mengambil masa yang sangat lama untuk memproses permohonan pasport anda. Oleh itu sebaik anda tiba di lapangan terbang, anda hendaklah segera ke kaunter imigresen untuk mengelakkan kesesakkan beratur yang amat panjang dan lambat.

Untuk ke Vietnam, anda tidak memerlukan sebarang visa dan kad pengisytiharan (Declaration Form).
Sejak Ogos 2012, anda tidak lagi perlu untuk mengisi kad perisytiharan kastam (Kedua-duanya mungkin diperlukan jika anda bercadang untuk tinggal di Vietnam untuk tempoh yang panjang atau membawa barang-barang yang luar biasa).

Warga Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Laos yang memegang pasport biasa yang sah dibenarkan untuk tinggal tidak lebih daripada 30 hari tanpa visa,warga Filipina pula akan mendapat 21 hari.

Pengangkutan ke bandar Ho Chi Minh

Bas Lapangan Terbang
Bas bernombor 152 adalah bas lapangan terbang yang bukan berhawa dingin, adalah cara yang paling murah dan paling selamat  dari lapangan terbang ke kawasan Pham Ngu Lao.

Bagi 5,000 dong setiap orang (pada Januari 2013) ditambah dengan bayaran 5,000 dong untuk beg,
bas akan menurunkan anda di luar di hujung timur kawasan Pham Ngu Lao (di terminal bas di sebelah
barat daya Pasar Ben Thanh bulatan). Jumlah tambang 10,000 dong adalah bersamaan dengan Rm1.60 (mengikut kadar tukaran matawang).

Selepas keluar dari terminal lapangan terbang antarabangsa, belok ke kanan dan anda akan melihat bas yang menunggu di jalan yang bertentangan dengan Burger King.
Tidak ada tanda-tanda menunjukkan di mana perhentian bas itu. Anda boleh bertanya kepada petugas kauter pertanyaan.
Jika tidak, berjalan ke terminal domestik, yang terletak kira-kira tiga minit dari terminal antarabangsa.
Perhatian : bas ini hanya boleh didapati sehingga jam 6:00 petang.



Teksi
Sudah terdapat banyak laporan daripada para pelancong berkenaan penipuan teksi di Ho Chi Minh. Oleh itu, anda hendaklah berhati-hati dalam memilih syarikat teksi yang boleh dipercayai.

Kadar teksi adalah berpatutan di Ho Chi Minh City sekiranya anda menggunakan teksi bermeter dan memilih teksi yang betul. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan tetap juga teripu jika meter teksi yang anda naiki laju seperti air..

Antara teksi yang boleh dinaiki di Ho Chi Minh adalah Teksi Vinasun (putih dengan tulisan hijau dan merah)
dan secara umumnya jujur ​​dan boleh dipercayai. Teksi ini akan menggunakan meter secara automatik selepas teksi berjalan. Jumlah tambang dari lapangan terbang adalah sekitar 150,000 dong.

Setelah anda melepasi kastam, disebelah kiri anda terdapat banyak kaunter teksi. Anda dinasihatkan supaya tidak mengambil tiket teksi anda di sini kerana kosnya yang mahal. Tambang teksi dari lapangan terbang sekiranya anda mengambil teksi dari kaunter adalah sebanyak 280,000 Dong.

Cara yang terbaik adalah, apabila anda keluar dari pintu ketibaan belok kekiri di tempat menuggu teksi. Dalam perjalanan anda ke tempat teksi akan terdapat banyak ulat-ulat teksi yang menawarkan perkhidmatan kepada anda. Abaikan mereka dan terus beratur untuk menaiki teksi.

Kebanyakan teksi di lapangan terbang di kuasai oleh teksi Mai Linh (kebanyakannya berwarna putih dengan tulisan hijau, walaupun kadang-kadang hijau atau perak). Cuba elakkan dari menaiki teksi ini kerana walaupun mereka menggunakan meter, teksi ini mempunyai meter yang laju seperti air dan boleh mencecah sehingga 1 juta Dong. Terdapay banyak laporan dari pelancong asing mengenai teksi ini.

Tips apabila naik teksi : Buat muka cerdik.

Untuk menyertai trip kami, sila hubungi 011-23504209








No comments:

Post a Comment