expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Waktu Terbaik ke Guangzhou, China

Bilakah waktu terbaik untuk ke Guangzhou China?

Waktu yan terbaik untuk ke China adalah dari bulan Oktober hingga awal December. Ini adalah kerana pada waktu ini suhu tertinggi adalah sekitar 21 ke 25 celcius sahaja. Sekiranya anda hendak melancong dan memborong, waktu ini adalah sangat sesuai kerana suhunya yang nyaman dan redup tidak memenatkan kita sewaktu berjalan menerokai plaza-plaza Borong di Guangzhou.

Bulan Oktober, November dan December juga adalah sangat sesuai untuk memborong kerana ia adalah waktu perubahan musim ke musim sejuk. Banyak jualan murah akan dilakukan pada waktu ini. Banyak pakaian musim panas  akan dilelong untuk digantikan dengan pakaian musim sejuk. Jadi, tunggu apa lagi.. rebutlah peluang memborong pada waktu ini.

Sekiranya anda bercadang untuk pergi pada bulan-bulan ini. Buatlah tempahan segera. Kerana pada waktu ini kebanyakan hotel-hotel penuh. Harga tiket pada waktu ini juga selalunya adalah mahal. Oleh itu, pilihlah pakej yang murah dan berpatutan supaya ia tidak membebankan bajet memborong anda.

Musim panas pula adalah pada bulan April himgga ke September di mana suhunya adalah dari 29 ke 33 darjah Celcius. Waktu suhu tertinggi sehingga 34 darjah celcius pula adalah pada bulan July dan August. Musim hujan yang tak menentu juga selalu berlaku pada waktu ini terutama pada bulan August. Cuaca pada bulan-bulan ini adalah sama seperti cuaca di Malaysia.


No comments:

Post a Comment