expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Plaza Borong Fabrik

Plaza Fabrik Zhongda adalah salah satu daripada plaza borong fabrik yang terbesar di China. Di kawasan ini penuh dengan bangunan-bangunan , jalan-jalan dan lorong-lorong dengan penjual kain dari semua jenis dan saiz.

Dari saat anda melangkah keluar dari metro , anda akan berhadapan dengan penjual kain dan penjual aksesori. Anda perlu berjalan kira-kira 200 meter lurus selepas keluar dari exit Metro sehingga anda tiba di Ruikang Road. Itu adalah jalan utama untuk ke kawasan plaza kain. Jalan ini penuh dengan plaza yang besar dan kecil. Di sudut sebelah kiri anda akan akan nampak plaza aksesori baru yang besar dan bertingkat . Berjalan sedikit lagi dan anda akan nampak plaza kain yang lama di sebelah kanan anda. Di seberang jalan adalah plaza utama sekarang .

Ia adalah moden , dengan laluan pejalan kaki yang luas, dan beratus-ratus kedai-kedai di setiap tingkat. Di tingkat bawah tanah ada menjual aksesori, dan di tingkat yang lain fabrik.

Berjalan lagi ke hujung jalan dari plaza ini, anda akan jumpa sebuah plaza yang besar dan baru. Akan tetapi disebabkan ia baru dibuka , kebanyakan ruang kedainya kosong dan tidak diduduki lagi.




No comments:

Post a Comment